Upas berulam racun. | Perbuatan jahat yang tindih bertindih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Api makan sekam (= dedak). | Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti api makan [= dalam] sekam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Merebut merampas, membunuh membangun. | Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencencang memampas, membunuh membangun. | Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Merebut merampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah encang memberi pampas). (Bandingkan dengan: Yang mencencang memampas). pampas = ganti rugi; membangun = denda, ganti rugi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti api makan (= dalam) sekam. | Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Api makan sekam [= dedak]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan? | Kesan perbuatan jahat dapat dihilangkan, tetapi tabiat tak dapat dihilangkan dengan mudah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Salah cencang memberi pampas, salah bunuh membangun. | Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Merebut merampas, membunuh membangun, c. Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas. | Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas. | Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas. | Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Merebut merampas, membunuh membangun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |