| Percakapan sejengkal dibawa sehasta. | Perkhabaran yang sedikit ditambah-tambah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai puyuh laga. | Percakapan yang tak pernah habis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berseleleran bagai getah di lalang. | Percakapan atau pembicaraan yang tidak keruan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kecek bagai bunyi merendang kacang. | Percakapan yang berleler, sehingga susah untuk difahami maksudnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti kuda kencing di papan. | Percakapan yang tiada tentu hujung pangkalnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bunyi semacam kumbang menyeri bunga. | Bunyi percakapan yang lemah antara kedengaran dengan tiada. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memetik kecapi bertali sumbang, seperti serunai berbunyi gambang. | Percakapan yang tidak jelas sehingga menimbulkan salah faham orang yang mendengarnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. | Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebab mulut leher terjerat. | Kecelakaan yang timbul kerana percakapan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tua-tua telur ayam. | Hanya tua sedikit saja (biasa dipakai untuk merendahkan diri dalam percakapan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |