Silap cakap kena radak, hilang jiwa percuma saja. | Memperkatakan sesuatu perkara (rahsia dan sebagainya), hendaklah hati-hati benar, sebab buruk padahnya. radak = tusuk dengan lembing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pinjam kayu ara. | Meminjamkan wang kepada orang besar, akhirnya rugi percuma. (kayu ara semboyan kebesaran). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cekel berhabis, lapuk berteduh. | Biarpun kikir namun harta akan habis juga akhirnya atau hilang percuma saja. cekel = kikir, pelit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang. | Jika pergi merantau ke negeri asing hendaklah mencari sesuatu yang berguna (harta, ilmu pengetahuan dan sebagainya), jangan membuang-buang waktu dengan percuma. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |