Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.du] | ڤردو

Definisi : 1. kelompok pokok (buluh dll), rumpun: digenggamnya serumpun padi dan dicabutnya berderai jatuh tanah drpd ~nya; 2. pangkal pokok: ia menyandarkan basikalnya pd ~ membacang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.du] | ڤردو

Definisi : ; berperdu berasas: kehidupan mereka tidak lagi ~ kpd tradisi dan peradaban Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.du] | ڤردو

Definisi : 1 bahagian pangkal pokok: ~ manggis. 2 kelompok pokok yg tumbuh berumpun-rumpun: ~ buluh. berperdu tumbuh sbg perdu; tumbuh dlm bentuk perdu; berumpun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perdu
Rujuk :pangkal

Puisi
 

Manis sungguh tebu seberang,
     Dari perdu sampai ke pucuk;
Manis sungguh mulut cik abang,
     Tipu adik di dalam pujuk.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Daun 'lah melayang,
     buah jatuh ke perdu juga.

Bermaksud :

Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara. (Peribahasa lain yang sama makna: Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bunga dipetik, perdu ditendang.Seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Daun 'lah melayang, buah jatuh ke perdu juga.Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara. (Peribahasa lain yang sama makna: Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana buah masak lum, dihinggut perdu luruh sendiri.Orang tua yang sudah uzur sewaktu-waktu mungkin mendapat sakit berat. lum = ranum.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga.Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bunganya dipersunting, pangkalnya diberaki.Seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga dipetik, perdu ditendang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas