Bulan mengambang dikandung awan. | Lelaki yang merindukan seorang perempuan, dan perempuan itu telah diambil oleh orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Perempuan serasan, lelaki pemalu. | Pegangan hidup yang tidak serupa. serasan = seperasaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana kumbang menyeri bunga, kumbang pun terbang bunga pun layu. | Lelaki yang mempermain-mainkan perempuan, ia pergi perempuan itu pun merana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai perempuan membawa perut. | Orang yang buncit perutnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai perempuan bunting bertemu idamannya. | Gembira kerana mendapat barang kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai si mandul mendapat anak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cerdik perempuan meleburkan, saudagar muda menghutangkan. | Menuruti orang yang belum panjang fikirannya itu acap kali mendatangkan kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai bunyi perempuan di air. | Ramai (= riuh) sekali. di air = di tempat mandi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Perempuan melangkahi ular tiada lepas. | Perempuan itu selalu dalam bahaya kerana kelemahannya. (Bandingkan dengan: Melangkahi ular). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai cacing gila. | Perempuan yang suka berpergian, bertandang dan sebagainya. cacing gila = cacing yang berputar-putar bila disentuh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersalai tidak berapi. | Perempuan yang belum bersuami, tetapi sudah mengandung. salai = dipanaskan atau dikeringkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |