Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.gi] | ڤرݢي

Definisi : 1. berjalan dll menuju ke sesuatu tempat (mendapatkan seseorang dll): ia mengajak saya ~ ke Kelantan; kalau tidak percaya ~lah berjumpa ayah kau dan tanyalah dia; 2. me­ninggalkan sesuatu tempat, berundur (dr): orang muda tadi telah ~ dr situ; 3. berangkat, bertolak: pagi esok saya ~ dgn kereta api pertama; ~ balik (datang, mari) = pulang ~ pergi dan balik (berulang-alik); ~ dahulu a) pergi lebih dahulu; b) ki mati; ~ haji naik haji; ~ jahanam = ~ setan = ~ telukup (telungkup) persetan (binasalah, jahanamlah); berpergian pergi (berjalan dll) ke tempat yg jauh: sejak keretanya rosak, ia sukar ~; kepergian perihal pergi, keberangkatan: yg lebih menyedihkan lagi ialah ~ anaknya yg sedemikian lama itu tidak pernah berpisah dengannya; pemergian 1. perjalanan (yg jauh): Daim menceritakan kisah ~nya ke luar negeri; 2. kepergian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.gi] | ڤرݢي

Definisi : berjalan ke tempat lain; meninggalkan tempat yg mula-mula: Dia ~ ke pasar. pulang ~ pergi dan baik semula. ~ dahulu a. pergi terlebih dahulu. b. meninggal dunia; mati. ~ haji menunaikan fardu haji di Mekah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pergi (kata kerja)
1. Bersinonim dengan menuju ke: menujui, menghala ke, mengarah ke,
Berantonim dengan datang

2. Bersinonim dengan berhambus: cabut, lari, nyah, incit, keluar, hilang, turun, angkat kaki, kepol, calo, andun,

3. Bersinonim dengan bertolak: berlepas, berangkat, belayar, berjalan, bercemar duli, bertolak punggung, mengorak langkah, mengorak sila,
Berantonim dengan tiba

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan meninggal dunia, mati, wafat, mangkat,

Kata Terbitan : berpergian, kepergian, pemergian,

Puisi
 

Cik Ali pergi berperang,
     Pergi berperang dengan senjata;
Awan di langit kalau terang,
     Cahaya bintang baru nyata.


Lihat selanjutnya...(338)
Peribahasa

Pergi ke pulau batu digalas.

Bermaksud :

Sengaja mencari kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Pergi ke telaga terlupa membawa timba, timba yang dicari dapat yang tiada bertali.Jalan-jalan mendapat keuntungan ada, tetapi kerana lalai maka keuntungan itu hilang begitu saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pergi ke pulau batu digalas.Sengaja mencari kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pergi berempap, pulang eban.Tidak kalah dan tidak menang. berempap = berjudi dengan melemparkan wang ke atas; eban = heban (membanting dengan kedua belah tangan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Datang nampak muka, pergi nampak belakang.Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Datang tampak muka, pulang tampak punggung.Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Datang nampak muka, pergi nampak belakang). (Bandingkan dengan: Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Disuruh pergi dipanggil datang, bekerja kerana perintah, berhenti kerana tegah.Patuh menurut perintah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak pergi berotan jangan takut onaknya.Hendak membuat sesuatu pekerjaan yang besar, janganlah takut menghadapi percubaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pergi lepat balik lempeng.Pergi dengan modal yang banyak, balik dengan kerugian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pergi lempeng balik lepat.Pergi dengan modal yang sedikit, balik dengan keuntungan yang banyak. lempeng = penganan yang tipis dan pipih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai si kudung pergi berbelut.Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai si buta pergi bergajah). berbelut = menangkap belut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas