| Perigi mencari timba. | Perempuan yang mencari lelaki. (Bandingkan dengan: Rumput mencari kuda). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus genting. | Perbuatan yang jahat jangan dibiasakan. (Bandingkan dengan: Dilelar timba ke perigi; tak sekali, sekali pecah juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dilelar timba ke perigi; tak sekali, sekali pecah juga. | Sesuatu perbuatan yang tak baik itu jika diulang maka lambat-laun jahat juga padahnya. lelar = berulang-ulang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lupak (men)jadi perigi (= telaga). | Orang miskin menjadi orang kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Orang yang menunggu perigi itu, bilakah ia mati dahaga? | Orang yang berhampiran dengan orang yang berilmu lambat-laun akan berilmu juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebab berkelahi dengan perigi, akhirnya mati dahaga. | Kerana melawan perintah (menentang) orang yang berkuasa akhirnya mendapat kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Rumput mencari kuda. | Perempuan yang mencari lelaki. (Peribahasa lain yang sama makna: Perigi mencari timba). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |