Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perintah;

Puisi
 

Siti Wan Kembang perintah Kelantan,
     Nama termasyhur zaman dahulu;
Baik-baik memilih intan,
     Takut terkena kaca dan batu.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Keras ditakik,
     lunak disudu.

Bermaksud :

Perintah haruslah dilakukan dengan segala kebijaksanaan.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Disuruh pergi dipanggil datang, bekerja kerana perintah, berhenti kerana tegah.Patuh menurut perintah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Keras ditakik, lunak disudu.Perintah haruslah dilakukan dengan segala kebijaksanaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pasangan tiba di kodok.Perintah yang tak dapat dielakkan lagi. pasangan = kuk; kodok = tengkuk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagaimana tepuk begitulah tarinya.Bagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertelau-telau seperti panas di belukar.Perintah yang tidak sama atau tidak tetap. telau = belang yang berwarna lebih muda.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya.Bagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dijunjung merekah kepala, dipikul meruntuh bahu.Perintah atau hukuman yang sangat berat dan keras.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Timur beralih ke sebelah barat.Lelaki menurut perintah perempuan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berkemudi ke rusuk.Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Berkemudi di haluan, bergilir ke buritan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hujan menimpa bumi.Tiada dapat melepaskan diri daripada perintah orang-orang yang berkuasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas