| Bertampuk bertangkai. | Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Digantungkan tinggi, digalikan dalam. | Perjanjian yang diperbuat dengan syarat-syarat yang teguh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menggenggam erat, membuhul mati. | Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pahit dulu, manis kemudian. | Perjanjian hendaklah dibuat dengan syarat-syarat yang terang dan tegas; supaya jangan timbul perselisihan di kemudian hari. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing. | Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati. | Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggenggam erat, membuhul mati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Orang terpegang pada hulunya, awak terpegang pada matanya. | Dalam perjanjian, syarat-syarat orang lebih kuat daripada kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ke hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja. | Orang yang serba salah kerana melanggar perjanjian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |