Minyak habis sambal tak enak. | Peralatan perkahwinan diadakan secara besar-besaran, tetapi perjodohannya tidak kekal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menghubung hendak panjang, menyebar hendak lebar. | Perkahwinan yang akan menambahkan keluarga di kedua belah pihak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuah tertunggang ke nasi, nasi akan dimakan juga. | Perkahwinan antara kaum keluarga sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu. | Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berhubung kerana hendak panjang, berkampuh kerana hendak lebar. | Perhubungan kekeluargaan melalui perkahwinan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Makan nasi suap-suapan, tetapi menyambut puan kosong. | Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Putus tali boleh disambung, patah arang mudah (= putus) sekali. | Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tali terentang tidak putus, sangkutan tergantung tidak rekah. | Pertalian keluarga kerana perhubungan perkahwinan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |