| Cupak sudah tertegak, suri sudah terkembang (=terentang). | Telah lama adat berdiri tentang tiap-tiap pekerjaan. suri = pemidangan pada perkakas tenun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas. | Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kerbau punya susu, sapi punya nama, b. Kerbau sakit, sapi beroleh nama). rimbas = perkakas untuk penarah kayu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |