Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sesuatu yg harus diselesaikan, pokok perbincangan (pertelingkahan dll), fasal, hal: sbg pengurus syarikat, banyak ~ yg harus diselesaikannya; Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu mengandungi seratus sebelas ~ yg pendek-pendek; ~ belakang urusan yg boleh diselesaikan kemudian; ~ besar hal yg penting; ~ kecil hal yg tidak penting (tidak sukar); habis ~ sudah beres segala-galanya (tidak ada yg hendak diuruskan lagi); 2. kejadian, peristiwa: wartawan yg memberikan ~ kemalangan itu sempat juga mengambil gambar; 3. hal yg menghendaki keputusan, mahkamah, dll (perbuatan jenayah, perselisihan, dll), kes, sengketa: beberapa ~ menerima rasuah sedang disiasat oleh jabatan itu; masih dalam ~ sedang dibicara­kan (oleh mahkamah); 4. bp berkenaan dgn, mengenai, tentang hal: lupakan sajalah dahulu ~ hutangnya yg belum selesai itu; 5. bp disebabkan oleh, kerana: ~ perempuanlah mereka berdua itu bergaduh; seperkara; ~ lagi (pula) satu hal lagi, tam­bahan lagi: ia dilantik memegang jawatan itu kerana kecekapannya, ~ lagi ia memang berpengalaman; berperkara 1. mempunyai perkara (urusan); 2. sedang dibicarakan (diadili); memperkarai ark menjadikan perkara (kes), membawa ke mahkamah; memperkarakan 1. menjadikan perkara, membawa ke mahkamah supaya diadili: kalau kita tidak berhati-hati dan melanggar undang-undang kita boleh diperkarakan; 2. men­jadikan perselisihan (pertengkaran, perga­duhan), mempertengkarkan, mendebatkan: tidak ada gunanya kita ~ hal itu, lebih baik kita lupakan sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (Udg) 1. sebutan tentang perun­tukan dlm Perlembagaan Persekutuan: ~ 152 Perlembagaan Persekutuan; 2. sebutan tentang sesuatu peruntukan dlm dokumen ter­tentu, mis Memorandum Persefahaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sesuatu yg mesti dikerjakan atau diselesaikan; hal: Ada ~ penting yg perlu saya bereskan sekarang. 2 sesuatu yg berlaku; kejadian; peristiwa: ~ pembunuhan itu telah dilaporkan kpd polis. 3 sesuatu yg ada sangkut pautnya dgn undang-undang atau yg perlu dibicarakan di mahkamah; kes: Beberapa orang yg terlibat dlm ~ rasuah itu telah menerima hukuman masing-masing. ~ berbangkit perkara yg ditimbulkan semula (biasanya dlm mesyuarat) setelah dibincangkan pd masa yg lalu. memperkarakan 1 menjadikan sbg perkara; mengadukan ke muka pengadilan: Hal yg remeh itu hendak diperkarakan ke mahkamah. 2 menjadikan sbg bahan pertikaian; mempertengkarkan: Masalah yg kecil itu usahlah diperkarakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perkara.

Puisi
 

Banyak ubi perkara ubi,
     Ubi mana orang tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
     Budi mana orang kenangkan?


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Sembunyi-sembunyi tuma;
     kepala tersorok ekor kelihatan.

Bermaksud :

Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sembunyi-sembunyi puyuh).

 

Lihat selanjutnya...(98)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sembunyi-sembunyi puyuh.Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sembunyi-sembunyi tuma; kepala tersorok ekor kelihatan.Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sembunyi-sembunyi puyuh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Penghulu disanjung dengan adatnya, orang alim disanjung dengan hajinya, orang muda disanjung dengan manjanya.Memuji orang hendaklah dengan pujian yang wajar, mengambil hati orang hendaklah dengan perkara-perkara yang disukainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sigai dua segeragai.Perkara yang satu ada sangkut-pautnya dengan perkara yang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai.Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang ahli dalam perkara itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kudis menjadi tokak.Perkara kecil menjadi besar. (Bandingkan dengan: Bukan kudis dibuat pekung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Raga menanti pecah.Perkara kecil yang akan menimbulkan bencana yang lebih besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Retak menanti [= mencari, tanda akan] belah [= pecah]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berkelahi dalam kepuk.Sesuatu perkara yang sulit diselesaikan (susah dan sukar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cakak sudah, silat teringat.Perkara sudah selesai, barulah terdengar keterangan atau sungutan. cakak = kelahi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Genting putus, biang tembuk.Perkara yang sudah putus dan tidak dapat diubah lagi, suami isteri yang sudah bercerai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910

Kembali ke atas