Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.kha.ba.ran] | ڤرخبرن

Definisi : khabar, berita, pemberitahuan: dapatlah ia ~ mengatakan ayahnya ada di Kampar; dgn adanya surat khabar dan radio, sesuatu ~ mudah sahaja diketahui umum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.kha.ba.ran] | ڤرخبرن

Definisi : laporan tentang sesuatu hal atau kejadian, berita, warta: sudah lama saya tidak mendapat apa-apa ~ dr kampung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.kha.ba.ran] | ڤرخبرن

Definisi : sesuatu yg dikhabarkan; pemberitahuan: Sudah lama dia tidak mendapat ~ dr kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khabar (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan berita, laporan, warta, siaran, cerita, hebahan, maklumat, pengumuman, pemberitahuan, sebaran;,
Kata Terbitan : khabarnya, berkhabar, berkhabarkan, mengkhabarkan, terkhabar, perkhabaran,

Peribahasa

Indah khabar daripada rupa.

Bermaksud :

Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menumbuk padi hampa).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai menumbuk padi hampa.Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Indah khabar daripada rupa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Indah khabar daripada rupa.Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menumbuk padi hampa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Percakapan sejengkal dibawa sehasta.Perkhabaran yang sedikit ditambah-tambah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada berbau telunjuk saya.Cerita atau perkhabaran yang tidak dapat dipercayai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bukan air muara yang ditimba, tetapi sudah disauk dari hulunya.Perkhabaran yang benar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas