Galas habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi juga. | Perniagaan yang tidak menguntungkan; pekerjaan yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tinggal kelopak salak. | Telah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan ataupun kerana kecurian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal gigi dengan lidah saja, b. Tinggal kain sehelai sepinggang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tinggal kain sehelai sepinggang. | Telah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan ataupun kerana kecurian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal gigi dengan lidah saja, b. Tinggal kelopak salak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tinggal gigi dengan lidah saja. | Telah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan ataupun kerana kecurian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |