Bulat bagai air dalam pembuluh. | Persatuan yang kukuh atau keputusan yang dicapai dengan kata muafakat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuat lilit kerana simpulnya. | Kekuatan persatuan terletak pada anggota-anggotanya yang bersatu padu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di mudik sebulakan, di hilir semuara. | Persatuan yang kukuh. bulakan = pancaran air yang menjadi air tergenang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di laut angkatan, di darat kerapatan. | Kekuatan di laut bergantung kepada angkatan perang, kekuatan di darat bergantung kepada persatuan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |