Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.se.li.si.han] | ڤرسليسيهن

Definisi : 1. perbezaan pendapat (fikiran dll): timbullah ~ faham antara Dato’ Temenggung dgn Dato’ Perpatih; 2. perba­lahan, persengketaan, pertikaian: berunding menyelesaikan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.se.li.si.han] | ڤرسليسيهن

Definisi : perbezaan pendapat dll; perbalahan; pertikaian: Tidak berapa lama kemudian, berlakulah ~ antara orang Riau dgn orang Belanda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selisih (kata nama)
Bersinonim dengan beza, perbezaan, kelainan, jauhnya, jarak, kacek, selang, lat, tengkang, senggang, jauh, langkau;,
Kata Terbitan : berselisih, menyelisihkan;memperselisihkan, perselisihan,

Peribahasa

Sudah bertarah,
     berdongkol pula.

Bermaksud :

Sesudah suatu perselisihan diselesaikan, timbul pula perselisihan yang lain.

 

Lihat selanjutnya...(43)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bermimpi mendapat emas, takkan membuat pura; bermimpi mendapat padi, takkan membuat lumbung.Menasihati supaya membuat perdamaian dalam sesuatu perselisihan, pandanglah perselisihan itu seperti mimpi yang tak dapat diterima sebagai suatu kenyataan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah bertarah, berdongkol pula.Sesudah suatu perselisihan diselesaikan, timbul pula perselisihan yang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mempertajam sanding.Perselisihan yang dibesar-besarkan. sanding = penjuru atau siri yang tajam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Retak batu.Perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Degar-degar merapati.Perselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri yang makin merapatkan perhubungan. degar-degar = bunyi kayu dipukul.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggaru luka lama.Perselisihan yang sudah lama selesai kalau diingat-ingatkan kembali akan berbangkit semula.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bahaya tumbuh, sengketa habis.Perselisihan sesama sendiri hilang apabila berlaku sesuatu malapetaka.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan puntung berasap jua.Perselisihan (perkara) yang sudah selesai itu jangan diungkit-ungkit lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Putus kelikir, rampung hidung.Perselisihan yang tidak dapat diperdamaikan lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Retak-retak bulu ayam.Perselisihan yang mudah didapatkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345

Kembali ke atas