Mata satu pertemuan, mata dua perceraian. | Kasih yang tidak berbelah bagi akan mengekalkan kerukunan hidup suami isteri, sedangkan kasih yang berbelah bagi akan mengakibatkan perceraian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tepung kena ragi. | Pertemuan yang sangat mesra; pekerjaan yang lancar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti gemi berjodoh dengan ikan. | Pertemuan yang sangat sesuai. gemi = sejenis ikan, kemi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menyinggung mata bisul orang. | Menyakiti hati seseorang dengan sindiran (perkataan, perbuatan dan sebagainya) dalam sesuatu pertemuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggetil puncak kedal orang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggetil puncak kedal orang. | Menyakiti hati seseorang dengan sindiran (perkataan, perbuatan dan sebagainya) dalam sesuatu pertemuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyinggung mata bisul orang). getil = mencubit; kedal = kudis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |