Bersaksi ke lutut. | Minta pertimbangan kepada orang yang bodoh; sahabat atau sanak saudara dijadikan saksi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berhakim kepada beruk. | Minta pertimbangan (keadilan dan sebagainya) kepada orang yang tamak, nescaya akan merugi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak berperut lipat. | Kurang pertimbangan atau kurang fikiran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bak ajung berat sebelah. | Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai limau masam sebelah, b. Bagai perahu karam sebelah). ajung = jung, sebangsa kapal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai perahu karam sebelah. | Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai limau masam sebelah. | Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau bangkai galikan kuburnya, kalau hidup sediakan buaiannya. | Pertimbangan tentang buruk baiknya sesuatu itu hendaklah diperbuat sesudah kejadiannya berlaku. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pasang masuk muara. | Terlalu mudah mencela; mengeluarkan kata-kata tanpa pertimbangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |