Ditembak dengan peluru petunang. | Perundingan yang berhasil baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jadi teluk ulakan air. | Perundingan atau perdebatan yang berputar-putar di situ-situ saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buka kulit, ambil (= tampak) isi. | Pembicaraan atau perundingan secara berterus terang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Singkap daun, ambil isi (= buah). | Pembicaraan atau perundingan secara berterus terang. (Peribahasa lain yang sama makna: Buka kulit, ambil [= tampak] isi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengepit induk ayam. | Mengemukakan orang yang penakut di dalam perundingan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal. | Kalau dalam perundingan tidak mencapai kata sepakat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya dari semula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terapung tak hanyut, terendam tak basah. | Belum ada sesuatu ketentuan (tentang perundingan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jadi penghubung hujung lidah (= mulut). | Orang yang menyampaikan pesan seseorang dalam suatu perundingan atau peralatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Melanting menuju tampuk, berkata menuju benar. | Setiap usaha tentu ada maksudnya; dalam perundingan hendaklah ada kebenaran dan kejujuran. lanting = lempar, lonjak, lompat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Situ (= di situ-situ) juga gendang berbunyi. | Sama saja, tak berubah (tentang perundingan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |