Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. | Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti ayam makan rumput. | Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. | Orang miskin yang harus bekerja setiap masa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kering pengayuh di tangan, kering wang di pinggang. | Orang miskin yang harus bekerja setiap masa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cencaru makan petang. | Pekerjaan yang lambat mendatangkan hasil yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Panas tidak sampai ke petang. | Sesuatu yang baik tidak akan tetap selamanya. (Bandingkan dengan: Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai itik pulang petang. | Berjalan lambat dan lamban (perempuan atau orang yang gemuk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai keluang bebar petang. | Ramai-ramai berkerumun; suka hidup beramai-ramai. bebar = terbang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sabung selepas hari petang, tak dapat menuntut balas lagi. | Untung-untungan; berserah kepada nasib. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari. | Disangka akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi tiba-tiba ditimpa bahaya, sehingga jatuh melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |