Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : waktu selepas tengah hari (mulai dr matahari turun hingga matahari masuk), sore, lwn pagi: matahari terbit lebih kurang pd pukul 6 pagi dan masuk lebih kurang pd pukul 6 ~; hari sudah ~; ~ esok waktu petang pd hari esoknya; ~ semalam waktu petang pd hari semalam; besok ~ a) petang esok; b) = besok ~nya petang yg berikutnya; ~ Sabtu malam Ahad Sabtu malamnya sebelum Ahad; sepetang-petangan selama (seluruh) waktu petang, sepetang suntuk; memetang-metangkan; ~ hari Mn memĀ­buang-buang masa dgn berbual-bual dll; kepetangan mengalami (menempuh) petang, kena petang; pemetang-metangkan; ~ hari Mn perinĀ­tang-perintang masa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
petang (kata nama)
Bersinonim dengan sore, matahari turun;,
Kata Terbitan : sepetangan, sepetang-petangan,

Puisi
 

Petang-petang menjolok manggis,
     Manggis jatuh pecah empat;
Petang-petang tunduk menangis,
     Macam burung mencari tempat.


Lihat selanjutnya...(81)
Peribahasa

Seperti ayam makan rumput.

Bermaksud :

Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti ayam makan rumput.Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.Orang miskin yang harus bekerja setiap masa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kering pengayuh di tangan, kering wang di pinggang.Orang miskin yang harus bekerja setiap masa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Panas tidak sampai ke petang.Sesuatu yang baik tidak akan tetap selamanya. (Bandingkan dengan: Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cencaru makan petang.Pekerjaan yang lambat mendatangkan hasil yang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai itik pulang petang.Berjalan lambat dan lamban (perempuan atau orang yang gemuk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai keluang bebar petang.Ramai-ramai berkerumun; suka hidup beramai-ramai. bebar = terbang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sabung selepas hari petang, tak dapat menuntut balas lagi.Untung-untungan; berserah kepada nasib.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari.Disangka akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi tiba-tiba ditimpa bahaya, sehingga jatuh melarat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas