Pijat-pijat telah menjadi kura-kura. | Orang bodoh dan hina telah menjadi cerdik dan mulia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerana pijat-pijat mati tuma. | Mendapat celaka kerana berkawan dengan orang jahat, atau kerana kesalahan orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nyamuk lepas pijat-pijat kena pirik. | Mendapat celaka kerana kesalahan orang lain. pirik = memipis, menumbuk lumat-lumat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah harimau di hutan hendak diburu, pijat-pijat di bantal tak dapat dihapuskan. | Kejahatan orang besar dan orang yang lebih kuat daripada kita hendak dibasmi, kejahatan anak buah sendiri di rumah tiada dapat di atasi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah. | Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. (Peribahasa lain yang sama makna: Marahkan tikus rengkiang dibakar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pijak-pijat hendak menjadi kura-kura. | Orang kecil hendak menjadi orang besar. (Bandingkan dengan: Pacat hendak menjadi ular). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Marahkan tikus rengkiang dibakar. | Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. (Peribahasa lain yang sama makna: Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |