Pinggang rampin bagai ketiding. | Perempuan gemuk yang besar pinggangnya. ketiding = bakul besar tempat beras dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkain tak cukup sebelit pinggang. | Kemiskinan yang amat sangat. (Biasa juga: Berkain tiga hasta). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang. | Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah rebana beralih ke gelanggang; tak tahu pipit tak tahu enggang, yang rapat kelak menjadi renggang. | Kalau sengaja mencari perselisihan maka hancurlah kerukunan hidup yang aman dan damai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kain basah kering di pinggang. | Sangat miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Utang (hutang) sebelit (selilit) pinggang. | Sangat banyak hutangnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menyisip keris tak bersarung di pinggang. | Memelihara anak tanpa memberi ilmu pengetahuan akhirnya menyusahkan ibu bapanya juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kering pengayuh di tangan, kering wang di pinggang. | Orang miskin yang harus bekerja setiap masa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menunduk kepala menghadap raja, bertentang muka menghadap kawan, bercekak pinggang menghadap musuh. | Melakukan sesuatu haruslah menurut tempat dan keadaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Utang (hutang) tiap helai bulu. | Sangat banyak hutangnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Utang [hutang] sebelit [selilit] pinggang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |