Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.pi] | ڤيڤي

Definisi : bahagian muka di bawah pelipis: air matanya membasahi kedua-dua belah ~nya; ekor ~ bahagian pipi di sebelah bawah; lesung ~ lekuk pd bahagian pipi, lesung pipit; tulang ~ tulang pd bahagian pipi di atas tulang rahang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.pi] | ڤيڤي

Definisi : bahagian muka di antara pelipis dgn dagu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pipi

Puisi
 

Satu tiga golongan di dahi,
     Bertambah pula sojen di pipi;
Kamilah tetap diam di sini,
     Kami tak dapat menahan pergi.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Dikerkah dia menampar pipi,
     dibakar dia melilit puntung.

Bermaksud :

Tidak mahu mendiamkan diri terhadap perlakuan yang tidak baik.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hidung dicium, pipi digigit.Kasih sayang yang pura-pura saja; menyembunyikan perbuatan jahat dengan perbuatan baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dikerkah dia menampar pipi, dibakar dia melilit puntung.Tidak mahu mendiamkan diri terhadap perlakuan yang tidak baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.Suka ikut campur dalam urusan orang lain; menonjol-nonjolkan diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas