Pipih (= pecak) boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan. | Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bulat segiling, pecak setapik. | Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan, b. Pipih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). pecak = pipih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang. | Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pergi lempeng balik lepat. | Pergi dengan modal yang sedikit, balik dengan keuntungan yang banyak. lempeng = penganan yang tipis dan pipih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |