Pisau tiada berbaja, makin dikilir bertambah tumpul. | Orang yang tiada berilmu makin kaya makin sombong. baja = besi keras; kilir = gosok, asah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pisau bongkok melukakan sarungnya. | Mengkhianati orang yang melindunginya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti pisau raut: bengkok orang dapat dibetulkan, bengkok sendiri tak dapat dibetulkan. | Hendak laba, langsung jadi rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Nak menangguk ikan, tertangguk ke batang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tajam pisau kerana diasah. | Jadi pintar (berani) kerana selalu diajar (diasuh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri. | Orang lemah dalam kekuasaan orang yang berkuasa, tidak berdaya untuk melawan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berapalah tajam pisau parang, tajamlah lagi mulut manusia. | Mulut itu lebih tajam daripada senjata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti parang (= pisau) mata dua. | Menarik keuntungan daripada kedua belah pihak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pedang bermata dua). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pandai seperti pisau raut: bongkok orang dapat dibetulkan (= dilepaskan), bongkok diri sendiri tinggal kekal. | Hanya pandai memperbaiki kesalahan orang lain, tetapi tak dapat memperbaiki kesalahan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pisau raut: bengkok orang dapat dibetulkan, bengkok sendiri tak dapat dibetulkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Main air basah, main api letur, main pisau luka. | Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mudah terbelingut bagai pisau belik. | Mudah tersinggung dan berkecil hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Mudah bengkok bagai parang timah). terbelingut = terpelecok; belik = tin, timah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |