Pohon yang besar juga yang dinaiki sakat. | Orang yang kaya juga yang bertambah kekayaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya? | Perangai yang sudah jadi tabiat sukar sekali mengubahnya. takuk = luka pada pohon, misalnya pada pohon kelapa tempat berpijak naik ke atas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagaimana pohon tiada akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya. | Orang yang bersahabat dengan orang jahat akhirnya akan ikut terlibat juga dalam kejahatannya. baluhan = batang yang sudah berlubang seperti gendang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana pohon kayu tiada berbuah. | Ilmu yang tiada diamalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti pohon beringin ditiup angin. | Menentang kekerasan orang tanpa berlemah lembut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti pohon bambu (= buluh) ditiup angin. | Sanggup menderita kesusahan dengan sabar, dan apabila kesusahan telah berlalu, menegakkan kepalanya semula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tinggilah pohon kenduduk di tengah padang. | Dalam kalangan orang-orang bodoh, orang yang berpengetahuan sedikit akan mengakui dirinya pandai daripada yang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak lang, si pungguk menjadi lang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah. | Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kera memanjat pohon, kura-kura pun hendak memanjat pula. | Hendak meniru-niru membuat pekerjaan yang mustahil dapat dilakukan olehnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menjalar melata pohon tembikai, sayang buah dimakan tikus. | Indah dan gagah pada lahirnya saja tetapi batinnya tidak baik. tembikai = buah semangka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |