Memanjat pokok cekur boleh jatuh mati. | Hukuman yang berat kerana kesalahan yang sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dilihat galas berlaba, dihitung pokok termakan. | Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibilang genap, dipapar ganjil). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. | Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Baru hendak bertunas sudah dipetik, lama-lama matilah pokok. | Belum banyak untungnya sudah belanja besar-besaran. (Peribahasa lain yang sama makna: Baru bertunas sudah dipetik, masakan boleh hidup). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Putus gayung di belebas, putus kata di pangkalnya (= di mulutnya). | Putusan yang berdasarkan kepada pokok pembicaraan. belebas = bilah daripada kayu dipakai sebagai perisai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal. | Kalau dalam perundingan tidak mencapai kata sepakat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya dari semula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kusut di hujung, lari (= bawa) ke pangkal. | Pembicaraan yang sudah melentur kian ke mari, hendaklah segera kembali ke pokok masalah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sejernih-jernih air, kalau melalui pembuluh yang kotor, tentu kotor juga. | Sebaik-baik usaha kalau dikerjakan dengan hati yang tidak ikhlas atau berasal daripada pokok yang tidak halal tentu akan membawa kepada kerugian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |