Pukat terlabuh, ikan tak dapat. | Usaha yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Pisang ditanam tak bergantung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana sampan pukat. | Orang yang tidak pernah keluar jauh dari tempat kediamannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga. | Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belut kena ranjau [= getah], b. Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat, c. Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal [= terjatuh] juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat. | Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belut kena ranjau [= getah], b. Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal [= terjatuh] juga, c. Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belut kena ranjau (= getah). | Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat, b. Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal [= terjatuh] juga, c. Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti membubul jala buruk. | Penat yang sia-sia. membubul = memperbaiki jala dan pukat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal (= terjatuh) juga. | Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belut kena ranjau [= getah], b. Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat, c. Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga). gawal = berbuat kesalahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |