Pukul anjing tengok-tengok tuannya. | Berhati-hatilah dalam melakukan sesuatu pekerjaan ataupun ketika mengatakan sesuatu supaya badan selamat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pukul anjing, tak pandang mata tuannya. | Orang yang terdesak hilang takutnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pukul anak sindir menantu. | Mengata-ngatai orang, tetapi sebenarnya perkataannya itu ditujukan kepada orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kena pukul di punggung (= di pantat), gigi habis tanggal. | Sindiran (jawapan) yang tepat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti ular kena palu (= bedal, pukul). | Menggeliang-geliut kerana terlalu marah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kena-kena seperti santan bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala. | Suatu perbuatan (perkataan) itu kalau bersalahan tafsirannya, jadi melarat; jika benar, jadi kebajikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana batang manau, seribu kali embat haram tak putus. | Sangat kuat dan teguh. embat = pukul; manau = rotan besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau pandai mencencang akar, mati lalu ke pucuknya. | Orang yang pandai dapat mengalahkan musuhnya hanya dengan sekali pukul saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |