Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.la] | ڤولا

Definisi : 1. sekali lagi, berulang lagi, datang lagi, kembali lagi: kelmarin sudah tidak hadir, hari ini tidak hadir ~; nampaknya saya ini dicalonkan ~; 2. = lagi ~ lebih-lebih lagi, tam­bahan lagi: memang ia mempunyai kelayakan, lagi ~ ia seorang yg sangat suka berkhidmat; istimewa ~ lebih-lebih lagi; 3. juga (sama halnya dgn yg terdahulu): saya pun demikian ~; saya ~ yg menyokongnya; 4. gerangan, konon (yg bererti tah): apa ~ yg mengganggui fikirannya itu?; apa ~ ertinya hidup seorang yg telah putus harapannya? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.la] | ڤولا

Definisi : 1 agaknya; gerangan: Siapa ~ yg datang malam-malam begini? 2 berulang lagi; sekali lagi: Pagi tadi sudah datang, sekarang datang ~. 3 juga: Ada ~ orang yg menyokongnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pula (kata tugas)
Bersinonim dengan jua, pun, juga.,

Puisi
 

Hendak berumah berumah pula,
     Rumah saya di tengah huma;
Hendak bermaaf bermaaf pula,
     Maaf seorang maaf semua.


Lihat selanjutnya...(132)
Peribahasa

Sudah hamba diperhamba pula.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah dieban, dihela pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, f. Terjatuh dihimpit janjang).

 

Lihat selanjutnya...(122)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.Pura-pura tidak tahu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah hamba diperhamba pula.Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah dieban, dihela pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, f. Terjatuh dihimpit janjang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah dieban, dihela pula.Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, f. Terjatuh dihimpit janjang). dieban = dihempas, dilempar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula.Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Terjatuh dihimpit janjang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Utang (hutang) samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula.Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak habis, kajang pula, b. Utang [hutang] biduk belum langsai, utang [hutang] pengayuh datang pula, c. Utang [hutang] tembilang belum langsai, utang [hutang] tajak tiba pula).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Utang (hutang) biduk belum langsai, utang (hutang) pengayuh datang pula.Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak habis, kajang pula, b. Utang [hutang] samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula, c. Utang [hutang] tembilang belum langsai, utang [hutang] tajak tiba pula).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lagi jatuh ditimpa tangga.Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a.Sudah basah kehujanan, b. Sudah dieban, dibela pula, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Utang (hutang) tembilang belum langsai, utang (hutang) tajak bila pula.Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak habis, kajang pula, b. Utang [hutang] biduk belum langsai, utang [hutang] pengayuh datang pula, c. Utang [hutang] samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bila pula biawak duduk?Pertanyaan untuk sesuatu yang mustahil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nasi disaji pula digaduhkan, padi di ladang dilanyak gajah tidak disusahkan.Belanja yang sedikit yang digaduhkan, sedangkan belanja yang besar tidak dihiraukan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas