Pulang ke kandang. | Pulang ke asal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harta pulang ke tuan (= empunya). | Sudah pada tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ikan pulang ke lubuk. | Telah kembali ke tempat asalnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan. | Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, d. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pinang pulang ke tampuk. | Sudah pada tempatnya; sudah cocok benar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sirih pulang ke gagangnya. | Kembali ke tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam pulang ke pautan. | Sudah pada tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai itik pulang petang. | Berjalan lambat dan lamban (perempuan atau orang yang gemuk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menghadapkan bedil pulang. | Mencelakakan kaum keluarga sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggunting dalam lipatan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menanti laki pulang maling. | Tidak tenteram, selalu waswas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |