Laksana kumbang menyeri bunga, kumbang pun terbang bunga pun layu. | Lelaki yang mempermain-mainkan perempuan, ia pergi perempuan itu pun merana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buaian pun digoncang, anak pun dicubit. | Menyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis. (Peribahasa lain yang sama makna: Buaian diayun anak dicubit.) | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerja sebarang hubah, kasih sebarang tempat. | Kerja apa pun suka, kepada siapa pun kasih. (Bandingkan dengan: Kerja sebarang hebat, kasih sebarang tempat). hubah = suka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi. | Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gigi tanggal, rawan murah, b. Gigi telah gugur, tebu pun menjadi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kayu yang tumbang itu, kura-kura pun hendak memanjatnya. | Apabila orang besar-besar hilang kebesarannya maka orang kecil pun berani mencercanya. (Bandingkan dengan: Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Batu pun empuk, jangankan hati manusia. | Perkataan yang lemak manis dapat menawan hati yang keras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa. | Nasib manusia tidak dapat ditentukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kecil-kecil pun api. | Barang sesuatu yang dapat mendatangkan bahaya janganlah dibiarkan walaupun sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Upah bidan pun tak terbayar. | Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Asal ada kecil pun pada. | Kalau tak ada banyak, sedikit pun cukup juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |