Lang pungguk lang berikan, tidur siang berjaga malam. | Pencuri yang tidur waktu siang, dan berjaga waktu malam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti pungguk merindukan bulan. | Dalam percintaan (lelaki merindukan perempuan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak lang, si pungguk menjadi lang. | Di tempat yang tiada orang pandai, si bodoh mengaku dirinya pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!). (Bandingkan dengan: Tinggilah pohon kenduduk di tengah padang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti tetaguk di rumah tinggal. | Bekerja sendirian, tetapi riuh bunyinya. tetaguk = burung pungguk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tinggilah pohon kenduduk di tengah padang. | Dalam kalangan orang-orang bodoh, orang yang berpengetahuan sedikit akan mengakui dirinya pandai daripada yang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak lang, si pungguk menjadi lang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |