Puntung sekerat, penyiar rimba. | Orang yang banyak anaknya. siar = bakar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harimau puntung kena penjara, pelanduk kecil menolakkan mara. | Ada masanya kesusahan orang besar lagi berkuasa itu ditolong oleh orang yang lemah dan kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan puntung berasap jua. | Perselisihan (perkara) yang sudah selesai itu jangan diungkit-ungkit lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengambil puntung pemukul kepala. | Kebaikan dibalas dengan kejahatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tarik puntung padamlah bara. | Berbuat sesuka hati kerana sudah tidak ada bahaya lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Zaman puntung berasap. | Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Zaman Tuk Nadur berkajang kain). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Api padam puntung hanyut, kami tidak di situ lagi. | Cerita yang sudah tamat; benar-benar sudah selesai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Api padam puntung berasap. | Perkara yang telah putus, tetapi ditimbulkan kembali. puntung = sisa kayu api yang dibakar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai jawi belang puntung: didahulukan dia menyepak, dikemudiankan dia menanduk. | Orang bodoh yang tidak dapat diajak berunding. belang puntung = merah kehitam-hitaman; jawi = lembu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Padam menyala tarik puntung. | Di mana mati, di situlah ditanam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |