Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Mn 1. pundi-pundi yg diperbuat drpd kain (tempat wang), kantung kecil, dompet; 2. ark tempat memperjualbelikan saham, tempat saudagar-saudagar besar berjual beli, bursa; 3. ark wang yg disediakan atau dikumpulkan utk sesuatu tujuan, dana: sekali membuka (mengorak) ~ dua tiga hutang terbayar prb sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; pura-pura tidak sungguh-sungguh atau tidak betul-betul: Mereka itu pejuang ~ saja. berpura-pura berbuat sesuatu seolah-olah …; melakukan diri spt; berlagak spt: Dia ~ menangis. ~ tidak tahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pura
Kata Terbitan : berpura-pura, kepura-puraan,

Puisi
 

Singapura bernama Selat,
     Kain sutera bercampur benang;
Pura-pura hantap melihat,
     Dalam hati syukur mengenang.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Menanduk dengan papar.

Bermaksud :

Kekerasan yang pura-pura. papar = rata.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak tahu.Bertanya sesuatu yang sudah diketahui.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menanduk dengan papar.Kekerasan yang pura-pura. papar = rata.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hidung dicium, pipi digigit.Kasih sayang yang pura-pura saja; menyembunyikan perbuatan jahat dengan perbuatan baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan bagai orang patah selera, banyak makan.Pura-pura tidak mahu, tetapi dalam hati suka sekali. patah selera = tak bernafsu makan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dilahir serupa tidak, dibatin menggunting angin.Hidup dalam pura-pura; pada lahirnya tidak suka tetapi batinnya ingin mendapat lebih banyak lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.Pura-pura tidak tahu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lempar(kan) batu sembunyi(kan) tangan.Berbuat jahat kepada orang, lalu pura-pura tidak tahu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar.Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, e. Sambil berdendang, biduk hilir, f. Sambil berdiang, nasi masak, g. Sambil menyelam minum air). pura = pundi-pundi tempat wang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bermimpi mendapat emas, takkan membuat pura; bermimpi mendapat padi, takkan membuat lumbung.Menasihati supaya membuat perdamaian dalam sesuatu perselisihan, pandanglah perselisihan itu seperti mimpi yang tak dapat diterima sebagai suatu kenyataan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sembunyi-sembunyi puyuh.Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas