Bagai puyuh laga. | Percakapan yang tak pernah habis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati puyuh hendakkan ekor. | Ingin mendapat sesuatu yang tak mungkin tercapai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti puyuh, mahu yang betina daripada yang jantan. | Suami yang hanya mengharapkan pencarian isterinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sembunyi-sembunyi puyuh. | Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sembunyi-sembunyi tuma; kepala tersorok ekor kelihatan. | Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sembunyi-sembunyi puyuh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |