Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj burung kecil yg tidak berekor, Tatnix suscitator atrogularis; bagai ~ laga prb percakapan yg tidak habis-habis; mati ~ hendakkan ekor prb menghendaki sesuatu yg mustahil didapati; sembunyi-sembunyi ~, kepala tersorok ekor kelihatan prb perihal orang yg berbuat sesuatu yg tidak patut dan menyangka tidak diketahui orang perbuatannya padahal semua orang mengetahui; spt ~ mahu yg betina drpd yg jantan prb perihal isteri yg berusaha keras mencari penghidupan sedangkan suaminya bersenang-senang sahaja (tidak mahu bekerja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puyuh I.

Puisi
 

Lari puyuh jalan kontang,
     Tetak dengan batang kemudi;
Darilah jauh abang pun datang,
     Meraikan tuan yang baik budi.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Mati puyuh hendakkan ekor.

Bermaksud :

Ingin mendapat sesuatu yang tak mungkin tercapai.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai puyuh laga.Percakapan yang tak pernah habis.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati puyuh hendakkan ekor.Ingin mendapat sesuatu yang tak mungkin tercapai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti puyuh, mahu yang betina daripada yang jantan.Suami yang hanya mengharapkan pencarian isterinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sembunyi-sembunyi puyuh.Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sembunyi-sembunyi tuma; kepala tersorok ekor kelihatan.Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sembunyi-sembunyi puyuh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas