Memperdekatkan rabuk dengan api. | Memberi perangsang kepada sesuatu hal yang kurang baik, misalnya tentang pergaulan bebas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sehabis rabuk, sehabis putaran. | Kerja selesai wang pun habis. putaran = pemantik api. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti rabuk dengan api. | Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai api dengan rabuk. | Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kucing dengan panggang [= balur], b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, d. Seperti rabuk dengan api). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga. | Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, c. Seperti rabuk dengan api). pantang = sesuatu yang terlarang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga. | Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Seperti rabuk dengan api). sepantun = seperti, serupa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kucing dengan panggang (= balur). | Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, d. Seperti rabuk dengan api). balur = dendang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |