| Hilang sepuh nampak senam. | Tampak kejahatannya, sesudah terbuka rahsianya. sepuh = sadur; senam = warna yang asal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau kubuka tempayan budu, barulah tahu. | Kalau dibuka rahsianya, tentu mendapat malu. budu = pekasam ikan kecil-kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pendusta berdiri tiada berkaki. | Tiap-tiap yang dusta itu lambat laun akan terbuka juga rahsianya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Anak ikan dimakan ikan, tahu makan tahu simpan. | Jikalau tahu membuat sesuatu kerja, hendaklah tahu menyimpan rahsianya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Masak durian, masak manggis. | Perbandingan antara lelaki yang tidak dapat menyembunyikan rahsia hatinya dengan perempuan yang dapat menyembunyikan rahsianya sehingga tiada diketahui orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |