Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; meramas 1. menggumpal-gumpal dan memeras-meras (adunan, kelapa, nasi, dll): tepung gandum digaul dan diramas dgn lemak; ~ kelapa; 2. memegang-megang dan memicit-micit, memijit-mijit, mengurut: lapan orang yg ~ kaki Yang Dipertuan; 3. memulas dan memeras (kain basah), meme­rah: dia ~ kain yg baru dibasuhnya itu; perut ~ perut memulas; 4. merenyukkan, mengu­mal­kan: dia ~ surat layang yg baru dite­rimanya; meramas-ramas memicit, memeras, mere­nyuk­kan dsb berulang kali dgn jari-jari tangan: bunga itu diramas-ramasnya dgn sebelah tangannya; tangannya ~ tangan ibunya; ramasan pegangan atau picitan utk me­ramas: ia berasa satu ~ yg mesra di bahunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ramas
Kata Terbitan : meramas, meramas-ramas, ramasan,

Puisi
 

Sagu ladang makan dek kuda,
     Ramas limau dalam telaga;
Tidak padan dengan kita,
     Dia emas kita tembaga.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sudah jatuh ditimpa tangga.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Terjatuh dihimpit janjang).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula.Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Terjatuh dihimpit janjang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah jatuh ditimpa tangga.Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Terjatuh dihimpit janjang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah basah kehujanan.Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah hamba diperhambakan pula, c. Sudah jatuh ditimpa tangga, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Terjatuh dihimpit janjang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah terantuk baru tengadah.Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah jatuh ditimpa tangga, b. Sudah kalah baru berkubu, c. Sudah kecurian baru mengunci pintu, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Sudah lulus maka hendak melantai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terjatuh dihimpit janjang.Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lagi jatuh ditimpa tangga.Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a.Sudah basah kehujanan, b. Sudah dieban, dibela pula, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah hamba diperhamba pula.Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah dieban, dihela pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, f. Terjatuh dihimpit janjang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah dieban, dihela pula.Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, f. Terjatuh dihimpit janjang). dieban = dihempas, dilempar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas