Bagai jelongak kerbau rampung. | Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping hidungnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Putus kelikir, rampung hidung. | Perselisihan yang tidak dapat diperdamaikan lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hidung sudah rampung diatur orang. | Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai jelongak kerbau rampung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Putus tali keluan, putus keluan rampung hidung. | Perselisihan yang tidak dapat diperdamaikan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Putus kelikir, rampung hidung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |