Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.pat.ra.pat] | راڤت٢

Definisi : dgn seberapa rapat yg boleh, dgn betul-betul rapat: tutup pintu itu ~; je­maah diminta meluruskan saf dan berdiri ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rapat-rapat

Puisi
 

Tanam pinang rapat-rapat,
     Senang puyuh berlari;
Sudah pinang tidak dapat,
     Pujuk-pujuk bawa lari.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Takkan lebih pucuk daripada pelepah rapat ke batang.

Bermaksud :

Perkataan orang besar-besar lebih dipercayai oleh orang atasan daripada perkataan rakyat biasa.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tangguk rapat, keruntung bobos.Suami pandai mencari wang, isterinya pemboros.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takkan lebih pucuk daripada pelepah rapat ke batang.Perkataan orang besar-besar lebih dipercayai oleh orang atasan daripada perkataan rakyat biasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Benang bercerai-cerai bukannya kain, dek rapat tetal tenunan kain, jarum pun tidak menelusnya.Ketangguhan bersatu padu. tetal = padat; telus = celus.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang.Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tangguk kedap orang Kelang.Terlalu kikir. kedap = rapat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memukul kucing di dapur.Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melakak kucing di dapur, b. Melukah ikan dalam panai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Melukah ikan dalam panai.Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melakak kucing di dapur, b. Memukul kucing di dapur). panai = kolam kecil biasanya di depan perkarangan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Melakak kucing di dapur.Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melukah ikan dalam panai, b. Memukul kucing di dapur). melakak = memukul dengan barang keras.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah rebana beralih ke gelanggang; tak tahu pipit tak tahu enggang, yang rapat kelak menjadi renggang.Kalau sengaja mencari perselisihan maka hancurlah kerukunan hidup yang aman dan damai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang.Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas