Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rebah-rebah,

Puisi
 

Belah batang penjara padi,
     Rebah padi dipukul ribut;
Adik saya datang ke mari,
     Tanda kasih seumur hidup.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Padi rebah,
     paksa tekukurlah.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan tanpa berusah payah.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang.Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Padi rebah, paksa tekukurlah.Mendapat keuntungan tanpa berusah payah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Punggur rebah, belatuk menumpang mati.Apabila orang tempat berlindung jatuh miskin (kalah dan sebagainya), maka orang-orang yang berlindung atau anak buahnya pun akan mendapat bencana juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang rebah ditindih.Yang sudah miskin bertambah miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai punggur rebah.Jatuhnya orang yang gemuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai nangka masak gugur). punggur = tunggul.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dapat tebu rebah.Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sokong membawa rebah.Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: Pagar makan padi [= tanaman]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telunjuk mencocok (= merosok, menikam) mata.Dikhianati oleh orang kepercayaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Pancing makan umpan, c. Sokong membawa rebah, d. Tongkat membawa rebah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Paksa tekukur padi rebah, paksa tikus lengkiang terbuka.Mendapat keuntungan tanpa bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: Padi rebah, paksa tekukurlah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Satu dijentik, sepuluh rebah.Seorang yang dikata-katai sekalian yang mendengar ikut merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Satu ditetak, sepuluh rebah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas