Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ribaan pangkuan: anak yg kecil itu duduk di atas ~ ibunya; beriba duduk di atas riba (pangkuan); meriba memangku: isterinya ~ anaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Ar 1. bunga berganda yg membebankan, yg diharamkan oleh Islam; makan ~ a) hidup dgn membungakan wang; b) membungakan wang dgn bunga yg tinggi, menghisap darah; 2. ark pelepas wang, ceti; tukang ~ ceti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = ribaan bahagian paha yg menghala ke atas ketika duduk (bersila dll): spt bulan jatuh ke ~. beriba duduk di atas riba. meriba meletakkan di atas riba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 orang yg meminjamkan wang dgn mengambil bunga; ceti. 2 bunga drpd wang yg dipinjamkan; lebihan yg dikenakan atas sesuatu yg dipinjamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
riba (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan faedah, bunga, renten.,

Puisi
 

Sungguh harum melati di taman,
     Ditiup angin jatuh ke riba;
Biar hilang nyawa dan badan,
     Namun cinta tetap tak lupa.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Anak dipangku dilepaskan,
     beruk di hutan disusukan.

Bermaksud :

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui.Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di pangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan.Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan.Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, d. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan.Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran.Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas