Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.bu.ri.bu] | ريبو٢

Definisi : sj tumbuhan (paku-pakis), selada, Lygodium scandens; ~ besar = ~ gajah sj tumbuhan (paku-pakis), Lygodium flexuosum; ~ bukit = ~ duduk sj tumbuhan (paku-pakis), akar sidin, paku jari merah, Lygadium circinnatum; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), Anisophylla scor­techinii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.bu.ri.bu] | ريبو٢

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan paku pakis yg dpt dibuat ubat (utk penyakit berak darah dsb), Lygodium scandens. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ribu-ribu

Puisi
 

Ribu-ribu di tepi jalan,
     Den tanam kunyit timbal balik;
Kalau rindu anak berjalan,
     Usah dikenang dagang tak berbalik.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Tidak berat diampu.

Bermaksud :

Tidak perlu ribut-ribu tentang kerja yang tak penting.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Penyu itu bertelur beribu-ribu, seorang pun tidak tahu; ayam bertelur sebiji, pecah khabar sekampung.Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak berat diampu.Tidak perlu ribut-ribu tentang kerja yang tak penting.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas