Pelanduk di cerang rimba. | Dalam ketakutan; sangat gelisah. cerang = tempat yang terang (sudah ditebang atau sedikit pohon-pohonnya) di dalam rimba. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bulan terang dalam rimba. | Orang pandai yang memperlihatkan kepandaiannya kepada orang-orang yang tak dapat menghargai kepandaiannya itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bergurindam di tengah rimba. | Menunjukkan kepandaian di depan orang yang bodoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belukar sudah menjadi rimba. | Kesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Puntung sekerat, penyiar rimba. | Orang yang banyak anaknya. siar = bakar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laut tidak membuang sungai, rimba tidak membuang latah. | Orang besar yang baik dan murah hati tiada menolak permintaan atau pertolongan yang diminta daripadanya. latah = sampah (daun-daun dan sebagainya) di bawah pohon. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati enau tinggal di rimba. | Orang hina jika mati, tak akan disebut-sebut orang lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kijang lepas ke rimba. | Pulang ke tempatnya: sukar dicari. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebesar-besar gajah di rimba, dapat juga ke tangan manusia. | Muslihat dapat mengalahkan kekuatan, kekayaan atau kemuliaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tersesak (= terdesak) padang ke rimba (= ke tebing). | Habis akal bicara sehingga tidak ada daya upaya lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |