Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rindu;

Puisi
 

Jangan suka menganyam nyiru,
     Nyiru dibawa dari Buncit;
Jangan suka menanggung rindu,
     Rindu bawa jadi penyakit.


Lihat selanjutnya...(169)
Peribahasa

Adat muda menanggung rindu.

Bermaksud :

Orang hidup harus menanggung berbagai-bagai percubaan (senang, susah, sakit dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Rindu akan jadi batasnya, maka manis tidak jadi cuka.Pergaulan yang terlalu mesra, kerap kali berakhir dengan dendam kesumat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat muda menanggung rindu.Orang hidup harus menanggung berbagai-bagai percubaan (senang, susah, sakit dan sebagainya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana jentayu menantikan hujan.Sangat rindu. jentayu = burung garuda yang besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Putih mata kerana memandang.Menanggung rindu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Retak pertujuh.Hati yang sangat rindu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bersarak serasa hilang, bercerai serasa mati.Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati). sarak = pisah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati.Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Api makan sekam (= dedak).Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti api makan [= dalam] sekam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mandi tak basah.Orang yang keras hati; terlalu rindu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti api makan (= dalam) sekam.Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Api makan sekam [= dedak]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas