Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rotan;

Puisi
 

Rotan batu simpul pulih,
     Pauh percik dalam cawan;
Bagaimana hendak boleh,
     Tahan racik pintu awan.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Kerat rotan,
     patah arang.

Bermaksud :

Telah putus sama sekali; perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai rotan, asal berinsang dicucuk belaka.Tiada memilih (makanan atau perbuatan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerat rotan, patah arang.Telah putus sama sekali; perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Meminta rotan yang sekerat.Hendak berpisah daripada kaum kerabat, kerana berkecil hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seutas rotan ditarik, bergegar hutan belukar; riuh bunyi kera dan lotong.Jika seseorang anggota keluarga mendapat aniaya maka marahlah sekalian kaum keluarganya dan sekalian sahabat handainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada rotan, akar pun berguna (= jadi).Kalau tiada yang baik, maka yang kurang baik pun boleh juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada rotan, ada duri.Dalam kesenangan tentu ada kesusahannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerbau bertanduk, rotan beronak.Orang besar-besar kuat kerana kekuasaannya dan rakyat kuat kerana persatuannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sementara mendapat rotan, akar-akar pun jadilah.Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak, b. Sementara menanti pada masak, berjagung-jgunglah dulu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berpatah arang berkerat rotan.Memutukan tali persahabatan (persaudaraan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang tua jangan diperut seperti rotan, dululah dia merasa garam.Orang yang bijak tidak perlu diajar lagi, kerana ia tahu sendiri. diperut = digulung kecil-kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas