Benang arang orang jangan dipijak. | Jangan mencabuli rumah tangga orang. benang arang = benang yang dipakai tukang kayu untuk menggaris. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memelihara penyengat dalam baju. | Mempunyai musuh dalam rumah tangga sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan memijak benang arang orang. | Jangan mencabul kehormatan rumah tangga orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siang berpanas, malam berembun. | Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga. (Peribahasa lain yang sama makna: Malam berselimut embun, siang bertudung awan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika terjamah benda bertuan, alamat nyawa akan melayang. | Orang yang mengganggu rumah tangga orang lain tak dapat tiada akan menerima akibatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Malam berselimut embun, siang bertudung awan. | Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga. (Peribahasa lain yang sama makna: Siang berpanas, malam berembun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lautan yang dalam sudah diselam rata, buyung di dapur tak tahu apa isinya. | Negeri yang jauh sudah dilawati dan diambil tahu, tetapi hal rumah tangga sendiri tiada diperiksa bagaimana keadaannya. (Bandingkan dengan: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, c. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |